KURSUS INDUKSI DALAMAN PMS TAHUN 2024

KURSUS INDUKSI DALAMAN PMS TAHUN 2024
14 hingga 16.2.2024 : KURSUS INDUKSI DALAMAN PMS TAHUN 2024
Kursus ini dianjurkan oleh Penyelaras CIA PMS iaitu Dr. Mohd Shahril bin Mohd Hassan @ Abdul Ghani dan ULPL yang diadakan di Bilik Seminar ULPL pada 14 Februari 2024 sehingga 16 Februari 2024. Kursus selama 3 hari ini dihadiri oleh semua pensyarah baharu dan pensyarah yang baharu berpindah ke PMS.
 
Objektif kursus adalah untuk :
 
i) Memberi kefahaman tentang Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam
ii) Memberi kefahaman tentang Pengurusan Kewangan Kerajaan
iii) Memberi kefahaman tentang Sistem Pengurusan Kualiti & Akrediatsi Program Pengajian
iv) Memberi kefahaman tentang pembelajaran berasaskan hasil, pembangunan kurikulum, instruksional dan pembelajaran digital beserta proses dan kaedah penilaian dan pengukuran.
 
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih ditujukan kepada semua Penceramah Kursus Induksi Dalaman 2024 iaitu :
1. Puan Nooraslina binti Tukiman
2. Puan Norshahira binti Mohd Fauzi
3. Puan Norjiha binti Saleh
4. Puan Harzulaili binti Saleh
5. Puan Nurhayaati binti Abdullah
6. Dr. Norhafzan binti Bariman
7. Dr. Siti Rohani binti Isnin
8. Puan Norleza binti Lehat
9. En. Luqman Nul Hakim bin Juwara

Last modified on Monday, 19 February 2024 03:54