KURSUS AUTOCOUNT: LEADING TO 4IR ACCOUNTING MANAGEMENT

08- 09.03.2025 : Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat, Jabatan Perdagangan telah menganjurkan kursus yang berlangsung di Jabatan Perdagangan dari jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang.
Kursus ini bagi memenuhi keperluan semasa dalam bidang pengurusan perakaunan, yang semakin dipengaruhi oleh perkembangan pesat Revolusi Industri 4.0 (4IR). Peserta kursus terdiri daripada para pelajar Program Diploma Akauntansi.
Kursus ini juga dapat membantu para peserta untuk memahami dan menguasai penggunaan teknologi ini, agar mereka lebih bersedia menghadapi cabaran dan tuntutan semasa industri perakaunan dalam era 4IR.
Para penceramah merupakan Certified Autocount Trainer dan juga pensyarah dari Jabatan Perdagangan. Para penceramah terdiri dari En. Mohamad Hafizul bin Mohd Zaid, En. Mohd Firdauz bin Norhadi, Pn. Mazlina binti Abdul Majid dan En. Syaifulradzman bin Shaifuddin.
Diharapkan melalui kursus ini dapat memberi impak positif kepada pelajar dengan memperkenalkan amalan perakaunan yang lebih inovatif dan sejajar dengan keperluan teknologi masa kini.
Read 29 times
Published in: Berita Semasa