MESYUARAT DAN LAWATAN TAPAK PENYELARASAN PROJEK JPPKK - MENAIK TARAF FASILITI FIZIKAL POLITEKNIK MUADZAM SHAH, PAHANG

05.05.2025 (ISNIN) : Mesyuarat dan Lawatan Tapak Penyelarasan Projek JPPKK - Menaik Taraf Fasiliti Fizikal Politeknik Muadzam Shah (PMS), Pahang telah diadakan pada 5 Mei 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Seri Ridan dan sekitar bangunan PMS. Mesyuarat dan Lawatan Tapak melibatkan delegasi Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Pahang dan Daerah Rompin serta pengurusan PMS. Delegasi JKR diketuai oleh Pengarah JKR Negeri Pahang iaitu Dato’ Ir. Ts. Hafizah Binti Zakaria, DIMP manakala pegurusan PMS diketuai oleh Pengarah PMS iaitu Tuan Haji Mohd Yusof bin Zakaria.
Program dimulakan dengan sesi Lawatan Tapak ke Blok 3.1, 3.2. 3.3, Blok HEP dan Pentadbiran. Seterusnya Mesyuarat Penyelarasan Projek berlangsung di Bilik Mesyuarat Seri Ridan. PMS merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas kesudian YH Dato' dan delegasi daripada JKR Pahang serta pegawai daripada Bahagian Perancangan Program Dan Institusi, JPPKK menjayakan program ini.
Last modified on Tuesday, 06 May 2025 06:37
Read 2 times
Published in: Berita Semasa