PROGRAM CSR X REKREASI PERMATA CAMAR SERLAHKAN SEMANGAT KEPRIHATINAN PELAJAR
15.11.2025 (Isnin): Program CSR x Rekreasi Permata Camar telah berjaya dilaksanakan di Kompleks Anak Yatim Miskin Permata Camar merangkumi aktiviti pendidikan rekreasi dan khidmat komuniti untuk memperkukuh sahsiah serta tanggungjawab sosial pelajar.
Program ini dijalankan di bawah bimbingan Puan Nur Shafinda Wani binti Shaikh Azmee melibatkan 12 orang urusetia daripada pelajar Semester 4 Diploma Pelancongan Rekreasi serta 15 orang sukarelawan. Program ini juga merupakan sebahagian keperluan akademik kursus DTO40083 Recreational Planning Programming.
Antara aktiviti perkongsian ilmu yang dijalankan termasuk:
- Bantuan Awal Kecemasan
Teknik Pemasangan Khemah
Teknik Ikatan Tali
Aktiviti CSR pula merangkumi:
Pembersihan kawasan surau
Penanaman 30 anak pokok jasmin putih
Majlis dirasmikan oleh Puan Nur Fadillah binti Mat Ariffin Ketua Jabatan Pelancongan Hospitaliti bersama Tuan Haji Abdul Rahman bin Abdullah Setiausaha Permata Camar Hadir sama Encik Mohd Rahimi bin Mohd Shahimi serta Encik Nur Muhammad Fuad Farizul bin Che Pak sebagai penceramah Bantuan Awal Kecemasan.
Program ini bukan sahaja memperkukuh pembelajaran berasaskan komuniti malah membawa manfaat dan keceriaan kepada penghuni Permata Camar Usaha sebegini diharap terus menjadi pemangkin kerjasama komuniti pada masa akan datang.
Last modified on Wednesday, 14 January 2026 04:40
