MESYUARAT PENGARAH POLYCC ZON PAHANG & MESYUARAT TATAKELOLA POLYCC ZON PAHANG

MESYUARAT PENGARAH POLYCC ZON PAHANG & MESYUARAT TATAKELOLA POLYCC ZON PAHANG
29.10.2025 (Rabu): Mesyuarat Pengarah Polycc Zon Pahang dan Mesyuarat Tatakelola Polycc Zon Pahang telah diadakan di Bilik Mesyuarat Seri Ridan, Politeknik Muadzam Shah, Pahang. Seramai 10 pengarah Kolej Komuniti dan Politeknik Negeri Pahang telah menghadiri mesyuarat ini.
 
Program dimulakan dengan Mesyuarat Tatakelola Zon Pahang, diikuti dengan Mesyuarat Pengarah POLYCC Zon Pahang. Kedua-dua sesi berkenaan memberi tumpuan kepada perbincangan pelbagai aspek penting, berkaitan hal ehwal pengurusan, tadbir urus, pembangunan akademik serta pelaksanaan program di peringkat zon bagi meningkatkan kecemerlangan institusi POLYCC.
 
Semoga mesyuarat ini memberi manfaat besar dalam meningkatkan pendidikan TVET negeri Pahang.