LAWATAN PENANDA ARAS PMS KE RUC PPD

LAWATAN PENANDA ARAS PMS KE RUC PPD
28.10.2025 (RABU): Delegasi Reskilling & Upskilling Centre (RUC) PMS telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke RUC Politeknik Port Dickson. Lawatan ini bertujuan untuk menimba ilmu dan mendapatkan perkongsian amalan terbaik daripada RUC Politeknik Port Dickson dalam pelaksanaan program Reskilling and Upskilling, selain memperkukuh jaringan kerjasama antara kedua-dua politeknik.
 
Delegasi PMS telah diketuai oleh Timbalan Pengarah Akademik, Encik Shahrul Nizam bin Mohamed, bersama Pengurus Eksekutif RUC PMS, Ts. Nor Rizal bin Md Noar, serta tujuh (7) orang ahli Jawatankuasa RUC PMS. Delegasi RUC PMS telah disambut mesra oleh pihak pengurusan RUC Politeknik Port Dickson. Pelbagai pengisian menarik telah dijalankan termasuk sesi taklimat, perkongsian pengalaman, dan lawatan ke fasiliti RUC iaitu CENTS. Terdapat 8 kluster di bawah pengurusan CENTS yang termasuklah Kluster KNX Building Automation, Kluster Residential Air-Conditioning Services (RAC), Kluster MBOT (Malaysia Board of Technologists), Kluster Fibre Optic Technology, Kluster Domestic Wiring Installation (DWI), Kluster Mobile Devices Technology, Kluster Solar Integration / Solar Energy Solutions, dan Kluster Industry & Technocrat.
 
Program ini diharap dapat memberi manfaat besar dalam memperkukuh strategi pelaksanaan latihan semula dan peningkatan kemahiran (reskilling & upskilling) di Politeknik Muadzam Shah pada masa hadapan.
 
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.