Pengumuman (5)
Tahniah dan selamat datang diucapkan kepada semua calon yang telah berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Politeknik Muadzam Shah (PMS) bagi Sesi II : 2026/2027.
BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU
Semua pelajar baharu diminta untuk mendapatkan dan membaca Buku Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu terlebih dahulu bagi memastikan urusan pendaftaran berjalan dengan lancar.
Buku panduan ini mengandungi maklumat penting berkaitan prosedur pendaftaran, dokumen yang perlu disediakan, bayaran berkaitan serta perkara-perkara yang perlu diberi perhatian sebelum hadir mendaftar di PMS
Semua pelajar semasa/senior diminta untuk memuat turun dan membaca surat makluman dan panduan lapor diri pelajar semasa/senior terlebih dahulu bagi memastikan urusan pembayaran dan lapor diri berjalan dengan lancar.
Buku panduan ini mengandungi maklumat penting berkaitan prosedur pembayaran, jadual lapor diri serta perkara-perkara yang perlu diberi perhatian sebelum hadir lapor diri di PMS.
Perhatian kepada semua pelajar dan staf Politeknik Muadzam Shah. Sekiranya anda terjejas akibat bencana (seperti banjir atau tanah runtuh), sila isi maklumat diri anda melalui pautan berikut bagi tujuan penyelarasan bantuan pihak institusi:
? Pautan Borang: https://forms.gle/N9fhjgW1DxMHfpLM6
Sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Syahmi Bin Mohd Zahir (09 450 2005 ext. 1655). Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.
KLIK UNTUK RUJUK MEMO
Saksikan Siaran Langsung Konvokesyen Politeknik & Kolej Komuniti Zon Timur 2026
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua graduan. Semoga kejayaan hari ini menjadi langkah awal menuju masa depan yang lebih gemilang.
SIDANG 9
Sidang Anugerah
Politeknik Muadzam Shah
Tarikh: 10 September 2026
Masa: 8.00 pagi – 12.30 tengah hari
Lokasi: Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu
Saksikan secara langsung di YouTube:
https://www.youtube.com/live/R7K3IcktXiQ?si=6IWeA5ef0gzOyTAZ
Jangan lupa subscribe dan sertai kami untuk menyaksikan detik istimewa para graduan PolyCC!
https://www.youtube.com/@ConvocationPOLYCC
Iklan: Permohonan Kemasukan ke Politeknik & Kolej Komuniti program Diploma & Sijil bagi kemasukan November 2026 kini dibuka.
Layari portal ambilan:
https://ambilan.mypolycc.edu.my/
MAKLUMAN : PENUTUPAN SEMENTARA PERPUSTAKAAN POLITEKNIK MUADZAM SHAH
Bangunan Perpustakaan Politeknik Muadzam Shah ditutup sementara atas faktor keselamatan pengguna sehingga penyelenggaraan bangunan dilaksanakan.
Perkhidmatan Sirkulasi (Pinjaman dan Pemulangan) kini beroperasi di Perpustakaan Mini (Kafeteria Atas). Koleksi bahan adalah terhad namun begitu Carian Bahan Perpustakaan boleh dibuat melalui Laman Web https://pms.mypolycc.edu.my/
Tekan pada PAUTAN & APLIKASI - Carian buku perpustakaan PMS.
Berikan maklumat bahan bacaan (Judul, ISBN, Nombor Panggilan, Pengarang) melalui petugas di kaunter Perpustakaan Mini PMS untuk tujuan rujukan atau pinjaman bahan bacaan.

