CSR Siswa, Siswi dan staf Politeknik Muadzam Shah

CSR Siswa, Siswi dan staf Politeknik Muadzam Shah
8 Mac 2023 (Rabu) : Pasukan CSR siswa siswi dan staf Politeknik Muadzam Shah telah berangkat ke Sekolah Kebangsaan Bukit Serok, Rompin, Pahang untuk bersama-sama bergotong royong bagi membantu kerja-kerja pembersihan sekolah yang dilanda banjir.
Program CSR ini melibatkan seramai 35 orang pelajar, 7 orang pensyarah, guru-guru sekolah, warga komuniti setempat, sukarelawan masjid Muadzam Shah dan FELCRA bagi kerja-kerja pembersihan di dalam kawasan sekolah antaranya bilik-bilik darjah, asrama dan juga pra sekolah.
Penyerahan pakaian dan barangan juga turut diberikan kepada mangsa banjir di Pusat pemindahan sementara yang bertempat di SK Keratong 2. Sumbangan tersebut diselaraskan oleh pihak puspanita dan CSR PMS.

Last modified on Thursday, 09 March 2023 00:39