Perhimpunan Bulanan Politeknik Muadzam Shah bagi bulan Februari 2023 Featured

Perhimpunan Bulanan Politeknik Muadzam Shah bagi bulan Februari 2023
17 Februari 2023 (Jumaat) : Jabatan Pengajian Am (JPA) telah menjadi tuan rumah untuk Perhimpunan Bulanan Politeknik Muadzam Shah bagi bulan Februari 2023 yang bertemakan 'Israk Mikraj' bertempat di Auditorium JRKV. Perhimpunan bulanan ini telah disempurnakan oleh Pengarah PMS, Tuan Hj. Che Alias bin Mohd Yusof dan dihadiri oleh warga kerja PMS.
Sempena bulan Rejab yang mulia ini, pelbagai atur cara menarik telah disusun oleh JPA untuk staf PMS, bermula dengan Ikrar Integriti Penjawat Awam, bacaan doa serta pengisian Israk Mikraj oleh Ustaz Mohd Taha bin Rulam Ahmad, perutusan penting daripada Pengarah PMS, tayangan montaj JPA dan taklimat Garis Panduan Zakat serta sumbangan kepada Penyelaras Kebajikan Jabatan yang disampaikan Pengarah PMS dengan diiringi oleh Pegawai Pusat Zakat Pahang, Encik Muhammad Iffiq bin Jamaluddin.
JPA turut menghiburkan hadirin dengan persembahan istimewa iaitu nyanyian nasyid bertajuk Rasulullah oleh kumpulan nasyid khas jabatan, diikuti dengan pengumuman jabatan dan unit, kuiz trivia bulan Rejab dan penyampaian Sijil Pekerja Contoh bagi bulan Februari 2023.