PILIHANRAYA KAMPUS POLITEKNIK MUADZAM SHAH
4 Februari 2026 (Rabu): Sekitar Majlis Penutup dan Pengumuman Keputusan Pilihan Raya Kampus Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Politeknik Muadzam Shah Sesi 2026 yang telah disempurnakan oleh Pengarah PMS, Tuan Haji Mohd Yusof Bin Zakaria. Turut hadir memeriahkan majlis, Yang Berusaha Encik Shahrul Nizam bin Mohamed, Timbalan Pengarah Akademik , Yang Berusaha Encik Zulhelmi bin Ahmad, Ketua Unit HEP, Yang Berusaha Encik Syahmi bin Mohd Zahir, Pegawai HEP (Kebajikan & Disiplin), Yang Berusaha Encik Mohd Firdaus Bin Mohd Fauzi , Pengurus PRK JPP PMS 2026 serta barisan Ketua Jabatan, Ketua Unit, Ketua Program, para pensyarah dan warga Politeknik Muadzam Shah.
Pilihan Raya Kampus kali ini menyaksikan seramai 1,956 orang pelajar menunaikan tanggungjawab mengundi secara dalam talian melalui sistem SPMP. Sebanyak 43 orang calon telah bertanding bagi merebut jawatan Majlis Tertinggi dan Exco, dan hanya 26 orang calon dipilih untuk menerajui kepimpinan pelajar bagi sesi 2026.
Tahniah diucapkan kepada barisan kepimpinan yang berjaya dipilih. Semoga amanah yang diberikan dapat digalas dengan penuh integriti, komitmen dan semangat kebersamaan demi kesejahteraan warga kampus. Kepada calon yang kurang bernasib baik, teruskan melangkah dengan semangat juang yang tinggi. Setiap pengalaman adalah proses pembelajaran yang membentuk pemimpin masa hadapan. Pilihan Raya Kampus bukan sekadar pemilihan, tetapi medan pembelajaran demokrasi, integriti dan kepimpinan beretika dalam membina mahasiswa yang berdaya saing serta berjiwa besar.
Read 81 times
Published in: Berita Semasa
