Pengenalan
Pada tahun 1996 Malaysia telah memperkenalkan sustainable development (SD) dalam Rancangan Malaysia Ketujuh (RMK-7) dan perlaksanaan SD merupakan cabaran utama yang dihadapi oleh dunia hari ini, malahan sejak tahun 2004 deklarasi Bonn telah mengenal pasti bahawa kunci utama untuk mencapai SD adalah melalui Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan di dalam deklarasi Bonn yang kedua persetujuan di capai untuk untuk mempromosi education for sustainable development (ESD) melalui pendidikan formal dan tidak formal di mana ESD akan diintergrasi di dalam kurikulum pendidikan dan latihan. Dalam bidang pendidikan, UNESCO-UNEVOC telah menekankan peranan TVET untuk melaksanakan pembangunan kelestarian melalui pelbagai program, penerbitan dan juga deklarasi, seperti United Nations Decade of Education for Sustainable Development (DESD).
UNESCO- UNEVOC juga telah mengadakan program-program bagi meningkatkan keupayaan TVET dan ESD di negara-negara Komanwel, termasuk memperdanakan usaha untuk (i) melestarikan pasaran buruh melalui TVET; (ii) meningkatkan kefahaman ESD dan penglibatan pemegang taruh TVET; dan (iii) menyelaraskan pengintegrasian ESD dalam TVET melalui jaringan UNEVOC. Perlaksanaan ESD di dalam TVET adalah berfungsi sebagai suatu pembolehubah transformasi di institusi TVET bagi meningkatkan skop kelestarian dan visi institusi untuk meningkatkan peluang dan membangun keupayaan masyarakat dari aspek memenuhi proses peralihan ke arah masyarakat dan ekonomi hijau, malahan ESD di dalam TVET juga merupakan satu kaedah yang boleh digunakan untuk mempertingkatkan dan melengkapkan para belia dan orang dewasa dengan kemahiran yang diperlukan dalam perubahan dunia kerja, termasuk keperluan pengetahuan dan kecekapan untuk peralihan kepada masyarakat dan ekonomi hijau.
Oleh itu, ESD adalah penting bagi institusi TVET untuk mendidik dan melatih individu mengenai keperluan ini. Maka dalam proses meningkatkan keupayaan TVET dan ESD, maka usaha memperdanakan pelestarian pasaran buruh melalui TVET untuk keperluan ekonomi hijau melalui penghijauan institusi TVET adalah dianggap perlu dan proses penghijauan TVET akan memberi impak kepada peningkatan dan memajukan ekonomi dan industri serta seterusnya pembangunan luar bandar dan mesyuarat pakar antarabangsa di Malaysia pada tahun 2011 telah bersetuju untuk melaksanakan penghijauan di dalam TVET melalui tiga peringkat iaitu peringkat global, kebangsaan dan institusi.
Dalam konteks TVET, satu kerangka yang holistik diperlukan untuk mentrasformasi institusi TVET secara komprehensif untuk menyokong mewujudkan masyarakat dan ekonomi hijau. Oleh itu satu kerangka bagi mengorientasi semula institusi TVET ke arah menjadi institusi TVET Hijau dengan 5 (lima) dimensi yang perlu diberi penekanan ke arah penghijauan TVET iaitu; (i) Kampus Hijau (Green Campus), (ii) Teknologi Hijau (Green Technology), (iii) Komuniti Hijau (Green Community), (iv) Penyelidikan Hijau (Green Research), dan (v) Budaya Hijau (Green Culture). Di dalam satu kertas kerja yang bertajuk Developing a Greening TVET Framework telah mengubah dimensi kedua iaitu teknologi hijau kepada kurikulum hijau. Penghijauan dalam TVET merupakan salah satu rangkakerja yang holistik yang baik untuk melicinkan proses transisi kelestarian dan dunia rendah karbon di dalam sektor TVET.
Rangka kerja tersebut mencadangkan pembangunan terhadap 5 (lima) dimensi sebagai pasak atau tiang kepada prinsip pembangunan kelestarian di dalam institusi TVET. Dimensi pertama ialah kampus hijau yang diasaskan daripada falsafah praktis di dalam mengurus sumber kampus seperti tenaga, air dan sisa buangan. Dimensi ini adalah satu pasak untuk untuk mengurangkan carbon footprint yang terhasil daripada pelajar, pengajar dan kakitangan di institusi TVET. Dimensi kedua pula menyentuh berkaitan dengan kurikulum dan teknologi hijau untuk memenuhi keperluan kemahiran bagi pekerjaan hijau. Dimensi ketiga mempunyai pertimbangan yang besar di dalam keperluan membangunkan komuniti hijau untuk memperluaskan pembangunan cara hidup lestari di peringkat komuniti supaya pergerakan institusi TVET dapat diperluaskan lagi kepada masyarakat.
Dimensi keempat ialah berkaitan dengan penyelidikan hijau untuk menggalakkan pembangunan dan budaya penyelidikan yang fokus kepada pembangunan lestari. Dimensi kelima fokus kepada menguatkan nilai pendidikan, standard etika, attitud dan perlakuan yang menghargai sumber ekologi untuk kegunaan masa hadapan bagi generasi akan datang. Pembangunan kelestarian memerlukan perubahan dasar dalam dari manusia berkaitan dengan attitud dan perlakuan dalam kehidupan personel seseorang, aktiviti komuniti dan tempat kerja dan juga menekankan bahawa perubahan terhadap ekonomi hijau memerlukan pendidikan ke arah Pembangunan kelestarian. Malahan pembangunan ekonomi hijau dan masyarakat lestari bukan sekadar memerlukan teknologi bersih malahan lebih daripada itu. Manusia tidak akan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi hari ini dengan nilai dan pendekatan yang menjadikannya seperti hari ini.
Di dalam dokumen Greening Technical and vocational Education and training : A practical guide for institutions yang diterbitkan oleh UNESCO pada 2017, juga menjelaskan bahawa TVET-ESD juga merupakan suatu pembaharuan untuk memulakan perubahan. Malahan pembaharuan ini harus berdasarkan transformasi institusi yang holistik dan dengan memperkuat institusi TVET dan menyesuaikan diri dengan keperluan ekonomi hijau, maka penghijauan institusi TVET adalah dianggap perlu. Proses penghijauan TVET akan memberi impak kepada peningkatan dan memajukan ekonomi dan industri serta seterusnya pembangunan luar bandar, malahan perlaksanakan penghijauan di dalam TVET merupakan satu Langkah yang menyokong proses peralihan kepada pembentukan masyarakat dan ekonomi hijau.
Pada masa ini kebanyakkan negara didunia ini termasuk Malaysia telah memberi perhatian yang khusus dan melaksanakan agenda menghijaukan institusi TVET dengan mengubal polisi untuk menyokong penghijauan institusi TVET melalui pelan jangka panjang untuk perekonomian hijau. Sebagai pemegang taruh TVET di Malaysia, Politeknik Malaysia adalah institusi TVET yang terlibat secara langsung untuk mendokong serta melaksanakan inisiatif TVET-ESD yang juga seiring dengan aspirasi negara dengan menegetengahkan konsep penghijaun di dalam TVET. Konsep penghijauan dalam TVET telah dilaksanakan oleh Politeknik Malaysia dengan terbentuknya satu rangka tindakan yang dikenali sebagai Blueprint Polygreen pada tahun 2015 dan dikemaskini pada tahun 2020 yang dikenali sebagai Blueprint SmartGreen Polycc untuk jangkamasa 2021 -2026 untuk diterapkan di dalam sistem politeknik