Majlis Perwakilan Pelajar
Pengenalan Majlis Perwakilan Pelajar
Seksyen 7 Bahagian III, Akta 174 Industri-industri Pelajaran (Tatatertib) 1976 memperuntukkan bahawa sesuatu institusi hendaklah mempunyai satu Jawatankuasa Perwakilan Pelajar yang diwakili oleh sebilangan pelajar yang ditentukan oleh Ketua Eksekutif.
Objektif Majlis Perwakilan Pelajar
- Melahirkan barisan pemimpin pelajar yang berwibawa
- Membantu pelajar mendapatkan kemudahan disamping memaksimumkan penggunaan kemudahan sedia ada.
- Merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti pelajar.
- Menggalakkan penyertaan aktif pelajar pelbagai etnik dan agama dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan.
- Menyalurkan segala permasalahan dan cadangan berhubung kebajikan pelajar kepada pihak pengurusan.
Ahli Majlis Perwakilan Pelajar
Terbuka kepada semua pelajar yang berdaftar di Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang berkaitan kecuali:
- Pelajar yang belum pernah menduduki peperiksaan pertama di politeknik termasuk pelajar semester 5 integrasi.
- Pelajar yang HPNM kurang daripada 2.75.
- Pelajar kursus sambilan.
- Pelajar yang pernah mengulang semester.
Hubungi:
Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Facebook: Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Muadzam Shah
Blog: mpppms.blogspot.com
Twitter: mpppms
Instagram: @mpppms