MAJLIS KONVOKESYEN KALI KE-16 POLITEKNIK MUADZAM SHAH, PAHANG

MAJLIS KONVOKESYEN KALI KE-16 POLITEKNIK MUADZAM SHAH, PAHANG
 
Sekalung tahniah diucapkan kepada semua graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian di Politeknik Muadzam Shah. Sukacita dimaklumkan bahawa Politeknik Muadzam Shah akan mengadakan Majlis Konvokesyen Kali Ke-16 pada ketetapan berikut :
 
Tarikh : 17 September 2023 (Ahad)
Tempat : Dewan Kompleks Bandaraya Kuantan, Jalan Tanah Putih, Tanah Putih, 25100 Kuantan, Pahang
Sesi : Sesi II 2021/2022 dan Sesi I 2022/2023
 
 
Politeknik Muadzam Shah amat berbangga dan berbesar hati menjemput saudara/saudari untuk menghadiri majlis konvokesyen ini dan maklumat lanjut berkaitan tatacara, bayaran dan lain-lain berkenaan majlis konvokesyen boleh dicapai melalui pautan sistem i-Convo PMS : KLIK DI SINI atau memuat-turun aplikasi i-convo PMS. Pautan bagi maklumat berkenaan akan mula dibuka pada 04 Julai 2023.
 
Kehadiran saudara/saudari amat dialu-alukan bagi menyerikan lagi majlis. Sebarang pertanyaan boleh hubungi urus setia konvokesyen Puan Sarawati binti Ahmad atau Puan Noraina binti Wahid di talian 09-4502007 samb 1641.