Projek Urban Farm Fasa 1

D’Urban Farm Fasa 1 yang telah siap dibangunkan oleh pelajar Latihan Industri dibawah kelolaan Cot PMS. D’Urban Farm merupakan  merupakan projek kebun yang di airi secara automasi dan bekalan kuasa pula disokong oleh panel solar untuk menggerakan semua komponen yang dipasang untuk proses pengairan. Sistem ini juga disokong oleh satu tangki tadahan  air hujan untuk menyokong aras air didalam tangka air utama.

D’Urban Farm merupakan projek kebun bandar. Satu projek penanaman sayur secara hidroponik yang akan melibatkan semua Jabatan Akademik dan Unit di PMS. Projek ini secara asasnya akan melibatkan semua warga PMS (pensyarah, kakitangan dan pelajar PMS). Projek ini dijalankan adalah bertujuan untuk memberikan keseimbangan terhadap pelepasan gas rumah hijau (GHG) yang terhasil disebabkan aktiviti yang dijalankan oleh warga PMS di dalam sempadan PMS. GHG yang banyak terhasil daripada aktiviti warga PMS adalah pelepasan gas karbon dioksida (CO2) yang disebabkan penggunaaan kenderaan dan gas hidroflourocarbon (HFC) yang dihasilkan oleh penghawa dingin.

Oleh itu D’Urban Farm akan mensasarkan satu pokok satu warga dimana jumlah pokok sayur yang akan dihasilkan berdasarkan jumlah warga PMS dengan tujuan untuk mengatasi pelepasan GHG yang dihasilkan oleh setiap warga di PMS. Usaha ini juga merupakan usaha yang menyokong Malaysia kepada sebuah negara neutral karbon seperti mana yang disasarkan oleh Kerajaan Malaysia seawal-awalnya pada tahun 2050.

D’Urban Farm merupakan projek rintis yang akan dijalankan oleh Jawatankuasa Smartgreen PMS dibawah bidang tumpuan 1(BT1-pengurusan pendidikan dan penyelidikan) dan bidang tumpuan 3( BT3 – Pengurusan Alam Sekitar). Projek ini merupakan projek usaha sama dengan Center of Technology PMS (COT PMS) yang akan  membantu dari aspek kepakaran teknikal. Projek ini juga akan melibatkan pelajar latihan industri yang menjalani latihan di COT PMS. D’Urban Farm akan dibuat secara berfasa yang akan melibatkan semua jabatan akademik dan unit di PMS. Fasa 1 2024 akan dimulakan oleh Jabatan Kejuruteraan Mekanikal.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top