Print this page

PERASMIAN PROGRAM PRIHATIN MAHASISWA 2.0 TAHUN 2026

PERASMIAN PROGRAM PRIHATIN MAHASISWA 2.0 TAHUN 2026
16 Oktober 2026- Kelab Kasih Siswa PMS telah mengadakan Majlis Perasmian Program Prihatin Mahasiswa 2.0 Tahun 2026 bertempat di Food Bank PMS. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Samsudin, AAP., AMP, Pengarah Politeknik Muadzam Shah. Turut hadir ialah En. Luqman Nul Hakim bin Juwara, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik; En. Zulhelmi bin Ahmad, Ketua Unit Hal Ehwal Pelajar (PHEPPD); serta En. Syahmi bin Mohd Zahir (PHEPKD).
 
Program ini merupakan inisiatif prihatin dalam membantu memenuhi keperluan pelajar melalui penyediaan bantuan makanan ringan, sekali gus menyokong kebajikan dan kesejahteraan mahasiswa sepanjang tempoh pengajian.
Semoga pelaksanaan program ini dapat memberi manfaat kepada warga pelajar PMS serta menyemai nilai keprihatinan dan budaya saling membantu dalam komuniti politeknik. 
 
PMS Prihatin, Mahasiswa Sejahtera.