11 September 2026 – Seramai 10 orang pelajar PISPA Politeknik Muadzam Shah (PMS) yang mengikuti kokurikulum unit beruniform MPU24151 – PISPA 1 dan MPU24261 – PISPA 2 telah berjaya menamatkan Kursus Metodologi Latihan Pertahanan Awam Siri 4/2026 di Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Timur (PULAPAT) pada 7 hingga 11 September 2026.
Kursus ini bertujuan memberikan pengetahuan dan kemahiran kepada peserta dalam aspek perancangan, pelaksanaan serta penilaian latihan secara sistematik dan berkesan. Peserta turut didedahkan kepada prinsip, kaedah serta teknik pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang bersesuaian bagi membentuk jurulatih yang berwibawa, berdisiplin dan profesional dalam melaksanakan latihan pertahanan awam.
PMS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan pegawai dan jurulatih PULAPAT atas segala perkongsian ilmu serta APM Daerah Rompin atas kerjasama dalam penyediaan keperluan logistik sepanjang kursus berlangsung.
Penghargaan turut ditujukan kepada Mejar Bersekutu (PA) Kamarudin bin Ripin dan Mejar Bersekutu (PA) Dr. Mastura binti Mustaffa selaku penyelaras kursus atas komitmen dan bimbingan yang diberikan.
Sedia, Pantas & Berintegriti!