Print this page

AKTIVITI PEMASANGAN BENDERA NEGERI PAHANG SEMPENA ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KE-67 KEBAWAH DULI PADUKA BAGINDA SULTAN PAHANG

AKTIVITI PEMASANGAN BENDERA NEGERI PAHANG SEMPENA ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KE-67 KEBAWAH DULI PADUKA BAGINDA SULTAN PAHANG

10 Julai 2026 – Bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-67 Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, satu Aktiviti Pemasangan Bendera Negeri Pahang telah dilaksanakan di sekitar kawasan Politeknik Muadzam Shah (PMS) bagi menyemarakkan sambutan serta sebagai tanda menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.


Aktiviti ini telah dijayakan oleh para pelajar daripada Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) dan Rakan Pusat Islam (RAPI) PMS dengan kerjasama Unit Komunikasi Korporat, Unit Hal Ehwal Pelajar, Unit Pentadbiran serta Unit Pengurusan Aset dan Stor.
Semoga inisiatif ini dapat menyemai semangat patriotisme, memperkukuh jati diri serta memupuk rasa taat setia kepada Raja dan negeri dalam kalangan warga Politeknik Muadzam Shah.


“Stronger Together, Soaring Higher”

Last modified on Monday, 13 July 2026 00:32