27.10.2025 (ISNIN): Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Industri PMS Bil.1/2025 telah berlangsung di Shahzan Hotel, Kuantan yang telah dihadiri AMP dan 7 orang Penasihat Industri iaitu Prof Dr. Mohamad Hariri bin Abdullah, META CAST Sdn. Bhd, Sarman Printing Sdn. Bhd, HICOM Automotive Manufacturers(Malaysia), BI Technologies Corporation Sdn. Bhd, MNZ WAJA Associates dan Percetakan Bumi Restu Sdn. Bhd
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Prof. Dr. Mohamad Hariri bin Abdullah selaku Penasihat PEREKA merangkap Pengerusi Penasihat Industri PMS.
Semoga jalinan kerjasama PMS dan Penasihat Industri dapat meningkatkan dan memperkasakan institusi TVET khususnya PMS.