Print this page

PROGRAM JALINAN WARISAN KEBANGSAAN DAN UNESCO(JIWAKU) 2025

PROGRAM JALINAN WARISAN KEBANGSAAN DAN UNESCO(JIWAKU) 2025
Pasukan Sekretariat Seni Budaya Politeknik Muadzam Shah (SSB PMS) telah mencatatkan kejayaan membanggakan dalam Program Jalinan Warisan Kebangsaan dan UNESCO (JIWAKU) 2025 yang berlangsung di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS), Kedah pada 5 hingga 8 Oktober 2025.
 
Daripada penyertaan melibatkan 11 Politeknik seluruh Malaysia, pasukan SSB PMS telah berjaya merangkul:
Johan bagi kategori D’Bendang Challenge (Eksplorasi Jelapang Padi)
Tempat Ketiga bagi kategori Video Terbaik Keseluruhan
 
Delegasi ini diketuai oleh Cik Syuhairah binti Mohd Norhisham Lee, Pegawai Kebudayaan merangkap penyelia Sekretariat Seni Budaya PMS, bersama enam orang pelajar iaitu:
1. Nurin Aina Afiqah binti Azhari (JPH)
2. Nurin Zahirah binti Azlan (JTMK)
3. Nur Lyana binti Anuar (JTMK)
4. Syafina binti Mohd Shafee Lee Abdullah (JPH)
5. Farah Wahida binti Yusri (JPH)
6. Muhammad Aiman bin Nordin (JTMK)
 
Penyertaan SSB PMS dalam Bengkel & Pertandingan Mek Mulung, Eksplorasi Jelapang Padi, dan Pertandingan Vlog bukan sahaja memperkasa bakat seni dan kreativiti pelajar, malah menyemai rasa cinta terhadap warisan budaya bangsa.
Kejayaan ini membuktikan komitmen SSB PMS dalam melahirkan pelajar yang seimbang dari segi sahsiah, kreativiti dan jati diri budaya.