11.09.2025(Khamis): Majlis Penutup Festival Kesenian Islam dan Muadzam Shah Berselawat 2025
Festival kesenian Islam dan Muadzam Shah berselawat yang telah berlangsung selama 3 hari dari 9 hingga 11 September 2025. Majlis perasmian penutup ini telah disempurnakan oleh Wakil ADUN Muadzam Shah En. Mohd Radzi Bin Abdullah. Turut serta dalam majlis Ustaz Haji Mohd Azmi bin Haji Othman , Ketua Pegawai Eksekutif , Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang , Tuan Haji Mohd Yusof bin Zakaria , Pengarah PMS, Ustaz Ashraful Amin Bin Mohd Ghazali , Timbalan Qadhi Muadzam Shah dan Ustaz Saiful Nizam bin Mukhtar , Pengarah Program Festival Kesenian Islam dan Muadzam Shah berselawat .
Telah berlangsung penyampaian mock cek Wakalah Zakat yang telah disampaikan oleh Ketua Eksekutif PKZ kepada Pengarah PMS berjumlah rm52500. Program ini dimulakan dengan pertandingan Nasyid dan Azan dan ditutup dengan majlis Muadzam Shah berselawat. Program ini bukan sahaja dapat menyatukan antara warga politeknik muadzam shah dan masyarakat setempat melalui aktiviti dan pelbagai pertandingan yang dilaksanakan tetapi ia juga diharapkan dapat menambahkan cinta kepada Rasulullah SAW .
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Pejabat Agama Islam Daerah , Muadzam Shah, Affin Bank, Bank Rakyat, Bank Islam, dan ADUN MUadzam Shah kerana telah memberikan sumbangan dalam menjayakan Festival ini.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada jawatankuasa penganjur dan semua urusetia.