Print this page

SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA PERINGKAT DAERAH ROMPIN TAHUN 2025

SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA PERINGKAT DAERAH ROMPIN TAHUN 2025
15.05.2025(Khamis) :Politeknik Muadzam Shah melalui Sekretariat Rakan Muda (SRM PMS) telah menyahut seruan semangat belia apabila turut serta memeriahkan Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Daerah Rompin Tahun 2025 yang berlangsung dengan penuh warna-warni dan semangat perpaduan. Seramai 38 orang pelajar SRM PMS telah terlibat secara aktif dalam penganjuran ini, diketuai oleh Presiden SRM PMS, Saudara Ridzuan bin Mohd Sabki, serta diiringi oleh Penyelaras SRM PMS, En. Akhwan Hafis bin Akmal Hidzri selaku pegawai pengiring.
Penglibatan para pelajar kali ini tertumpu kepada aktiviti keusahawanan, selaras dengan aspirasi belia sebagai tonggak ekonomi masa depan.
 
Penyertaan ini bukan sahaja membuka peluang kepada pelajar untuk mengasah bakat keusahawanan, malah turut menjadi platform terbaik untuk berinteraksi bersama komuniti setempat dan agensi-agensi kerajaan serta swasta yang turut serta dalam sambutan ini.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta atas komitmen dan semangat yang ditunjukkan. Semoga penglibatan ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai belia untuk terus melibatkan diri dalam pembangunan negara!