Print this page

LAWATAN AKADEMIK PMS KE PERODUA

LAWATAN AKADEMIK PMS KE PERODUA
15.04.2025 - 16.04.2025 (Selasa - Rabu) Lawatan Akademik PMS ke Perodua
 
Staf dan pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal PMS, telah mengadakan lawatan akademik ke Perodua, Rawang, Selangor bagi meneroka peluang kerjasama industri. Lawatan diketuai oleh Timbalan Pengarah Akademik, En. Shahrul Nizam bin Mohamed serta diiringi oleh Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, En. Mohd Helmi bin Salleh dan Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Dr. Nurul Afizah binti Adnan.
 
Delegasi dari Politeknik Muadzam Shah ini turut disertai oleh Dr. Siti Rohani Binti Isnin serta dua orang wakil dari Bahagian Kolaborasi Industri dan Komuniti (BKIK) , JPPKK iaitu Dr. Teo Hong Chun dan Puan Nor Atiqah Binti Ahmad. Dalam masa yang sama, empat orang pelajar dan dua orang pensyarah dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal turut berpeluang mengikuti Kursus Fabrication Fitting bagi meningkatkan kemahiran teknikal.
 
Lawatan ini diharap membuka ruang kolaborasi dan peluang latihan pada masa akan datang.